• Lebih Ramai Ahli, Lebih Kuat Parti - Dr Abdul Rahman

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Saturday, 6 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi percaya kekuatan sesebuah parti politik didorong bilangan ahli yang ramai.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, program pendaftaran ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di peringkat ranting dilihat sebagai platform terbaik meningkatkan kekuatan parti.

    Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman memuji inisiatif diambil Pergerakan Wanita PBB Ranting Kampung Santubong yang menganjurkan program pendaftaran ahli.

    "Program seperti ini penting kerana dapat membawa dan mengajak masyarakat menjadi ahli PBB.

    "Keahlian yang ramai mendorong kepada kekuatan parti selain kekuatan jentera," katanya semasa Program Jom Daftar di Dewan Kampung Santubong hari ini.

    Pada masa sama menurutnya, program seperti itu juga meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

    "Selain pendaftaran ahli PBB, jawatankuasa parti juga harus mendaftar individu yang sudah berumur 21 tahun dan ke atas," ujarnya.

    Agensi lain yang turut terlibat dengan program tersebut termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Telekom Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).-Sarawakiana

  • No Comment to " Lebih Ramai Ahli, Lebih Kuat Parti - Dr Abdul Rahman "