• Lebih 800 penduduk Kampung Serikin tarik nafas lega, sistem bekalan air iM Sarawak dilancarkan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    BAU - Kesukaran lebih 800 penduduk Kampung Serikin di sini yang menghadapi masalah bekalan air bersih sejak lebih 30 tahun lalu kini berakhir apabila sistem bekalan air iM Sarawak dilancarkan hari ini.

    Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata, projek bekalan air paip sepanjang empat kilometer itu sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh penduduk kampung berkenaan.


    Ahli Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) itu juga memberitahu, projek pembinaan empangan dan pemasangan paip dari Gunung Serikin ke kediaman penduduk dilaksanakan secara bergotong-royong dan dapat disiapkan dalam tempoh masa sebulan.

    "Sistem bekalan air paip baharu ini adalah menggunakan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan dijangka mampu bertahan lebih 30 tahun.

    "Sekarang penduduk di kampung ini boleh menarik nafas lega selepas projek bekalan air yang diusahakan ini berjaya dilaksanakan dalam tempoh singkat dan mereka tidak lagi menghadapi kesulitan bagi melakukan kerja harian," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Sistem Bekalan Air iM Sarawak di Kampung Serikin di sini hari ini. - K! ONLINE
  • No Comment to " Lebih 800 penduduk Kampung Serikin tarik nafas lega, sistem bekalan air iM Sarawak dilancarkan "