• Lebih 20 Ditahan Bakar Bas Di Yala

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    YALA: Pihak berkuasa keselamatan menahan lebih 20 orang suspek insiden merampas dan membakar sebuah bas di Betong-Bangkok bulan lalu, malah beberapa daripada mereka turut mengaku bersalah melakukan jenayah itu, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

    Pesuruhjaya Polis Wilayah 9, Leftenan Jeneral Polis Ronasilp Phusara berkata, selepas kejadian di daerah Bannang Sata, wilayah Yala, pada 17 Disember itu, empat suspek pertama berjaya ditahan pihak berkuasa di kawasan berdekatan.

    Penahanan itu membawa kepada serbuan di Perkampungan Ban Ngo Kapo dan Ban Bannang Kuwae di daerah Bannang Sata pada Khamis lepas.

    Ronasilp berkata, hasil maklumat juga mendapati anggota pemberontak lama dan baharu terbabit dalam serangan ganas itu.

    Selain itu, suspek turut mengaku pemberontak di bahagian selatan negara ini terlibat dalam menyerang projek pembangunan ekonomi di Deep South.

    Ronasilp menambah, ramai lagi suspek masih bebas.

    Menurut seorang sumber, tiga suspek mengaku melakukan jenayah itu yang didalangi oleh pemimpin pemberontak tempatan Abdullah Tapohtoh dan Ahama Luebaesar. – BERNAMA



    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 20 Ditahan Bakar Bas Di Yala "