• Lebih 100 Tahanan Disiksa Hingga Mati Oleh Pemberontak Houthi

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    THE HAGUE: Sekurang-kurangnya 113 orang telah diseksa hingga mati di pusat tahanan di Yaman yang dikendalikan kumpulan pemberontak Houthi sejak usaha rampasan kuasa bermula pada 2014.

    Menurut laporan yang dikeluarkan sebuah badan hak asasi manusia yang berpangkalan di Belanda Right Radar RR menyifatkan tindakan terbabit adalaah satu jenayah perang.

    Penyiksaan terhadap tahanan terbabit didakwa dilakukan di pusat-pusat tahanan haram di Sanaa dan beberapa wilayah lain yang dikuasai pemberontak.

    Memetik laporan media antarabangsa, Menteri Hak Asasi Manusia Yaman Mohammed Askar mendakwa angka tahanan dan mereka yang mati akibat disiksa jauh lebih tinggi.

    Sehingga 2017 jumlah kes penculikan yang dilakukan pemberontak adalah seramai 1,930 dan 400 kes adakah berkenaan individu hilang.

    "Sehingga hari ini terdapat lebih 18,000 kes penculikan dilakukan pemberontak Houthi sejak permulaan usaha rampasan kuasa," jelasnya.

    Askar berkata kerajaan Yaman telah mendokumenkan kes-kes penahanan terbabit yang turut melibatkan anggota kongres negara itu.

    Ia didakwa dilakukan selepas insiden pembunuhan bekas pemimpin Houthi, Ali Abdullah Saleh.

    Menurut Askar lagi kes penyiksaan tahanan sehingga mati dilaporkan berlaku di Sanaa, Taiz, Hajjah dan pusat penahanan terbesar di Yaman iaitu Dhamar.

    "Kerajaan Yaman telah menghantar surat berserta dokumen berkaitan kepada Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB," tambahnya.

    Sementara itu menurut laporan badan hak asasi manusia RR mengatakan bahawa sumber dari badan hak asasi manusia lain menganggarkan jumlah tahanan adalah tinggi dan mereka ditempatkan di lebih 643 pusat tahanan haram di seluruh Yaman.

    "Kes pembunuhan terbabit adalah pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang harus dilabel sebagai jenayah perang.

    "Pesalah perlu dihukum di bawah undang-undang jenayah antarabangsa dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," jelas Pegawai Perhubungan Antarabangsa untuk RR, Gerard Van Der Kroon. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 100 Tahanan Disiksa Hingga Mati Oleh Pemberontak Houthi "