• Lawas Wajar Diangkat Menjadi Bahagian Baharu Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    LIMBANG: Masalah logistik dan geografi antara faktor utama yang mewajarkan daerah Lawas diangkat menjadi bahagian baharu di Sarawak kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, memandangkan Lawas merupakan daerah yang paling hujung dan terpisah daripada Sarawak, ianya banyak menimbulkan masalah dalam aspek pentadbiran dan pergerakan rakyat untuk berurusan.

    “Daerah kita Lawas adalah paling hujung dan terpisah daripada negeri Sarawak oleh daerah Temburong di Brunei dan ini banyak menimbulkan masalah dalam aspek pentadbiran dan pergerakan rakyat untuk berurusan.

    “Jadi dengan adanya pentadbiran bertaraf bahagian untuk Lawas diyakini akan memudahkan segala urusan rakyat serta mempercepat transformasi pembangunan untuk daerah paling hujung di negeri ini,” katanya.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas memberitahu, pelbagai perancangan sudah diatur untuk membangunkan daerah Lawas.

    “Kita mempunyai perancangan lebih banyak untuk Parlimen Lawas pada masa akan datang khususnya dalam membangunkan sektor ekonomi dan pembangunan infrastruktur untuk rakyat.

    “Turut diberi fokus adalah pembangunan modal insan yang dilihat penting bagi mendukung dasar pembangunan dunia digital oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Lawas Wajar Diangkat Menjadi Bahagian Baharu Sarawak "