• Larangan Guna Telefon Bimbit Di West Wing

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    WASHINGTON – Rumah Putih mengumumkan semalam, kakitangan dan pelawat tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit peribadi lagi di West Wing, nadi utama pusat pentadbiran eksekutif Amerika Syarikat (AS) itu.

    Setiausaha Rumah Putih, Sarah Sanders, berkata larangan itu berkuat kuasa minggu depan.

    Beliau memetik alasan itu atas sebab keselamatan, namun ia dilakukan ketika huru-hara berhubung ulasan diterbitkan mengenai Presiden Donald Trump dan keluarganya oleh bekas pakar strategi atasan Rumah Putih, Steve Bannon.

    “Kawalan keselamatan dan integriti sistem teknologi di Rumah Putih adalah keutamaan bagi pentadbiran Trump.

    “Kakitangan boleh menjalankan urusan menggunakan peranti dikeluarkan kerajaan dan terus bekerja keras bagi pihak rakyat AS,” kata Sanders.

    West Wing menempatkan Pejabat Oval presiden dan pejabat kakitangan pembantu rapatnya.

    Sejak mengambil alih pentadbiran, Trump berulang kali mengecam kebocoran kepada media daripada pasukannya.

    Namun, pendedahan terkini dalam buku baharu bertajuk ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ oleh wartawan Michael Wolff, menyebabkan Trump berkata, Bannon ‘hilang akal.’ – AFP/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Larangan Guna Telefon Bimbit Di West Wing "