• Lapangan Terbang John. F Kennedy Dilanda Banjir

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    NEW YORK: Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy yang dilanda ribut salji bertambah kelam kabut apabila saluran paip utama pecah menyebabkan banjir dan beberapa penerbangan antarabangsa terpaksa ditangguh.

    Para penumpang yang berang kerana terpaksa `berkhemah’ selama beberapa hari ekoran kerosakan peralatan di lapangan terbang itu akibat ribut berkenaan kini terpaksa pula berhadapan dengan banjir.

    Air mencurah-curah dari siling dan laluan di balai ketibaan dilaporkan tenggelam manakala air di Terminal 4 mencecah paras lapan sentimeter.

    Beberapa pekerja penyelenggaraan dilihat sedang mengelap air di atas lantai. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Lapangan Terbang John. F Kennedy Dilanda Banjir "