• Lapan Maut Dalam Insiden Feri Karam Di Indonesia

    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    HANOI -- Sekurang-kurangnya lapan maut manakala 13 lagi hilang selepas sebuah feri yang membawa 48 penumpang karam di luar pesisir Pulau Borneo di bahagian Indonesia pada 1 Jan, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Pasukan penyelamat Indonesia berkata sejumlah 27 penumpang berjaya diselamatkan.

    Anggota tentera laut telah dikerah mencari baki penumpang namun ombak tinggi telah menjejaskan operasi.

    Feri itu tenggelam beberapa minit selepas meninggalkan sebuah pelabuhan di Tanjung Selor menuju ke Tarakan di Pulau Borneo.

    Punca kejadian masih disiasat.

    Ia merupakan insiden maritim terbaharu di Indonesia, di mana jalan air adalah pengangkutan utama untuk melakukan perjalanan ke sekitar 17,000 pulau.

    Pada Julai 2017, lapan orang maut dalam insiden serupa di laluan sama dari Takaran ke Tanjung Selor.

    Sementara itu, sebanyak 23 orang maut apabila sebuah bot pelancong dari Jakarta ke Pulau Tidung terbakar pada Tahun Baharu 2017.-- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lapan Maut Dalam Insiden Feri Karam Di Indonesia "