• Landasan Ketiga KLIA Beroperasi Seperti Biasa

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    SEPANG: Landasan ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ditutup sementara sejak semalam untuk kerja penyelenggaraan telah beroperasi seperti biasa bermula pukul 6.00 pagi hari ini.

    Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pasukan lapangan terbang yang menguruskan situasi itu dengan baik.

    Semalam, MAHB mengumumkan landasan itu ditutup sementara dari pukul 5 petang hingga 8 malam, namun dibuka semula sehingga 10.30 malam.

    Tetapi landasan itu ditutup kembali sehingga 6 pagi tadi untuk penyambungan kerja penyelenggaraan berkenaan. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Landasan Ketiga KLIA Beroperasi Seperti Biasa "