• Laluan Ke Dua Rumah Panjang Terputus Hubungan, Jambatan Hampir Runtuh

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    SONG: Penduduk di dua Rumah Panjang di sini hampir terputus hubungan apabila laluan yang menghubungi penempatan tersebut terlibat kejadian tanah runtuh.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku disebabkan Jambatan Sungai Engkabau, Jalan Tada, RH Dellok di sini mengalami tanah susur.

    Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 12.08 tengah malam tadi.

    “Pasukan Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh di bahagian hujung jambatan besi disebabkan hakisan tanah ketika berlaku banjir di sungai tersebut pada 14.1.2018,” jelasnya.

    Menurutnya, akibat kejadian tanah susur itu, laluan Jalan yang menghubungi dua Rumah Panjang telah terputus untuk laluan kenderaan.

    “Sebagai alternatif, papan lapis diletakkan untuk laluan motosikal dan pejalan kaki,” katanya.

    Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak bomba turut memaklumkan kejadian tersebut kepada jawatankuasa Bencana Daerah Song ,Pejabat Daerah Song dan JKR Song . – Sarawakiana

  • No Comment to " Laluan Ke Dua Rumah Panjang Terputus Hubungan, Jambatan Hampir Runtuh "