• Lagi 59 Kaki Judi Ditahan

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Polis Sarawak menahan 59 kaki judi dalam 31 serbuan yang dijalankan di seluruh negeri sepanjang minggu lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, usaha menggempur kegiatan pusat perjudian haram yang beroperasi di negeri  ini akan dilaksanakan secara berterusan.

    Menurutnya, dalam serbuan yang dijalankan sepanjang minggu lalu pihaknya telah menjalankan 24 serbuan berkaitan dengan perjudian haram dan menahan 29 individu dan merampas wang tunai sebanyak RM4,463 bersama peralatan lain manakala lima mesin judi siber dan dua serbuan di gelanggang sabung ayam.

    “Selain itu, pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan serbuan di gelanggang sabung ayam di ladang kelapa sawit Serian dengan menahan 17 individu manakala di Roban menahan tujuh  dan merampas peralatan judi lain,” katanya.

    Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 73 tahun terdiri daripada 42 lelaki dan 17 wanita termasuk tiga warga asing kini disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lagi 59 Kaki Judi Ditahan "