• Kucing Bekerja Di Sebuah Salun Rambut & Tidak Pernah Mengambil Cuti Walaupun Sehari Sepanjang 4 Tahun

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    Pada tujuh tahun yang lalu, seekor anak kucing yang terbiar ini telah berjaya menambat hati seorang wanita. Wanita ini yang merupakan seorang pendandan rambut dari Melbourne, Australia telah menyelamatkannya anak kucing itu.

    Bagi membalas jasa tuan barunya itu, kucing tersebut telah mengambil keputusan untuk bekerja di dalam salon tuannya itu secara percuma.

    Betty hanya berumur lapan minggu ketika Chris Guglielmi menemuinya. Kucing yang berwarna belang itu mengalami kehidupan yang perit apabila ditinggalkan di tepi jalanan.

    Selepas dia dirawat di sebuah klinik doktor haiwan, Betty telah kembali pulih dan menjadi sebahagian daripada keluarga Chris. Betty telah menjadi kucing yang sangat comel dan penyayang sejak itu. Dia suka orang dan terutamanya suka duduk di atas peha orang.

    Chris telah membuka sebuah salun rambut, yang dipanggil sebagai BABAR Hair, pada Oktober 2013, dan Betty mahu menjadi sebahagian daripadanya.

    Bukan sahaja dia bekerja setiap hari, tetapi juga memainkan peranan sebagai pembantu dengan menyediakan layanan seperti duduk di atas peha kepada setiap pelanggan yang memasuki salon.

    Sekiranya ada yang menunggu di sofa, Betty akan datang kepada mereka untuk memastikan mereka ditemani. Dia sering dilihat duduk di atas peha pelanggan ketika tuannya sedang memotong rambut mereka.

    Terdapat kerusi dan sofa yang disediakan di salon. Pelanggan yang memeluknya telah membuatkan Betty seekor kucing yang sangat gembira. Malahan Betty tidak pernah gagal meletakkan senyuman pada wajah pelanggan.

    Apabila Betty melihat terdapat seorang di stesen membasuh rambut, dia akan pergi ke pangkuan mereka.

    Apabila Betty jatuh tidur di pangkuan pelanggan, tiada siapa yang sampai hati untuk membangunkannya.-taikotai.tv



    Subjects:

  • No Comment to " Kucing Bekerja Di Sebuah Salun Rambut & Tidak Pernah Mengambil Cuti Walaupun Sehari Sepanjang 4 Tahun "