• Ku Li Yakin BN Menang PRU-14

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yakin Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan terus memerintah negara.

    Katanya, ini berikutan sokongan rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak, tidak berubah walaupun pelbagai isu dibangkitkan pembangkang.

    Beliau berkata, BN bertanding di semua kerusi seperti PRU lalu dan tidak berasa tergugat walaupun berdepan dengan pakatan pembangkang.

    "Banyak parti bertanding akan memecah undi pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Meranto di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof, dan Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Syahbuddin Hashim.

    Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, sama ada BN akan mendapat majoriti lebih besar pada PRU-14 nanti adalah terpulang pada sokongan rakyat.

    "Namun, berdasarkan majoriti PRU lalu, kita dapat mengekalkan pengaruh di semua tempat yang bertanding," katanya.

    Ditanya mengenai tindakan pembangkang yang lebih menyerang peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

    "Kita berjuang atas dasar untuk membela rakyat, mengapa ditimbulkan masalah peribadi. Itu di luar tatacara politik biasa," katanya. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Ku Li Yakin BN Menang PRU-14 "