• Korea Utara Ajak Bangsa Korea Bersatu

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+


    SEOUL: Korea Utara menyeru semua bangsa Korea di luar mahupun dalam negara, bersatu dengan cara telus tanpa ada campur tangan kuasa luar.

    Media tempatan melaporkan pengumuman jarang berlaku itu dikeluarkan hari ini, menggesa semua bangsa Korea Utara dan Korea Selatan saling berhubung, berkunjung dan bekerjasama.

    Dalam kenyataan yang sama, Pyongyang mengancam akan 'menghancurkan' semua halangan yang menentang penyatuan di Semenanjung Korea.

    Pengumuman yang dibuat selepas pertemuan dua kerajaan dan parti politik itu turut menggesa bangsa Korea mengambil langkah perlu untuk meredakan ketegangan dan mewujudkan suasana aman di Semenanjung Korea.

    Agensi berita Korea Utara menyebut, ketegangan ketenteraan di Semenanjung Korea menjadi halangan utama dalam usaha memulihkan hubungan dan perpaduan antara dua negara Korea itu.

    Menurut laporan itu, latihan ketenteraan bersama tentera luar menunjukkan ia tidak membantu perkembangan hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan.

    Bagaimanapun, Korea Utara tidak mendedahkan butiran sebab pertemuan diadakan tetapi kenyataan itu mengatakan ia adalah sokongan terhadap ucapan tahun baharu pemimpin mereka, Kim Jong-Un yang menyentuh soal perpaduan.

    Jong-Un berkata, tahun ini tahun yang bermakna untuk kedua-dua negara kerana Korea Utara meraikan ulang tahun ke-70 penubuhannya manakala Korea Selatan pula menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim sejuk bulan depan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Utara Ajak Bangsa Korea Bersatu "