• Korea Selatan, Korea Utara Setuju Bergabung Di Bawah Satu Bendera

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    SEOUL: Korea Selatan dan Korea Utara dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai perarakan secara bersama-sama di bawah satu bendera pada Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijangka berlangsung di Pyeongchang, Korea Selatan mulai 9 Februari ini.

    Menurut BBC, mereka juga sepakat untuk membentuk satu pasukan hoki ais wanita secara bersama selepas perkara itu dipersetujui dalam satu rundingan di Panmunjom, sebuah perkampungan yang terletak bersempadan antara kedua-dua negara.

    Jika perancangan itu menjadi kenyataan, ini merupakan kali pertama dua negara yang berbeza ideologi di semenanjung Korea itu bersatu dalam tempoh hampir tujuh dekad.-BBC

    Subjects:

  • No Comment to " Korea Selatan, Korea Utara Setuju Bergabung Di Bawah Satu Bendera "