• KKM Harap Isu Kesesakan Hospital Miri Diselesaikan Segera

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+


    MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap isu kesesakan di Hospital Miri dapat ditangani dengan kadar segera selepas penambahan blok-blok baharu bagi memberi lebih keselesaan kepada para pesakit.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, pihaknya memandang serius berkenaan permasalahan tersebut kerana keadaan hospital yang turut menjadi tumpuan pesakit yang dirujuk dari Limbang, Lawas, Bintulu dan Marudi.

    Menurutnya, keadaan Hospital Miri yang kini sepatutnya hanya memuatkan 28 katil namun jumlah berkenaan bertambah kepada 40 katil menjadikan suasana di wad tersebut sesak dan tidak selesa.

    “Keadaan ini sebenarnya tidak bagus kerana mendedahkan penghuni dengan risiko keselamatan, justeru pembinaan satu blok tambahan amat perlu memandangkan jumlah pesakit meningkat,” katanya.

    Tambah Hilmi, tender pertama pembinaan blok berkenaan sudahpun dikemukakan namun gagal dan kini mereka meneruskan pembukaan tender untuk kali kedua dan berharap agar projek ini dapat dilaksanakan mulai tahun ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " KKM Harap Isu Kesesakan Hospital Miri Diselesaikan Segera "