• Kisah Keluarga 20 Anak Dijadikan Dokumentari Televisyen

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    LANCASHIRE, Britain – Sepasang suami isteri yang memiliki seramai 20 orang anak berusia 3 bulan hingga 28 tahun memukau penonton ketika mereka hadir ke studio program televisyen Britain, This Morning baru-baru ini.

    Sue, 42, dan Noel Radford, 46, dari bandar Morecambe, di sini menyambut kelahiran anak bongsu yang juga anak lelaki ke-11 mereka, Archie pada September tahun lalu dan berikrar dia adalah bayi terakhir mereka.

    Mereka sekeluarga muncul dalam rancangan itu sempena rakaman dokumentari berkaitan keluarga mereka bertajuk ‘20 Kids and Counting’ yang akan disiarkan tidak lama lagi.

    Berpuluh-puluh komen diterima memuji kelakuan baik anak-anak mereka dan mendakwa, pasangan ibu bapa itu layak mendapat pujian mengenai cara mereka membesarkan keluarga besar.

    Keluarga itu tinggal di sebuah rumah Victoria besar bernilai £240,000 (RM1.3 juta) selepas membeli bekas rumah penjagaan 13 tahun lalu.

    Mereka biasanya membelanjakan £300 (RM1,630) seminggu untuk membeli makanan keperluan termasuk 10 liter susu dan 3 liter jus, manakala tiga kotak bijirin biasanya diperlukan dalam sehari. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Kisah Keluarga 20 Anak Dijadikan Dokumentari Televisyen "