• 'King George' Angkat Sumpah Presiden Liberia

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+
    MONROVIA: George Weah, bekas pemain bola sepak antarabangsa yang memenangi kerusi Presiden Liberia bulan lalu, berjanji menangani isu rasuah ketika mengangkat sumpah hari ini.

    Peralihan kuasa dalam kepemimpinan tertinggi Liberia itu berlangsung secara aman selepas tujuh dekad diselimuti perang saudara.

    Majlis angkat dihadiri ribuan penyokong selain presiden serantau dan tetamu kehormat memenuhi stadium berhampiran di ibu negara Liberia, Monrovia untuk menyaksikan Weah, 51, yang bangkit dari kawasan setinggan di bandar itu untuk menjadi salah seorang bintang terhebat bola sepak Afrika.

    Bekas penyerang AC Milan dan Paris St Germain (PSG) serta pemain terbaik tahunan dunia 1995, yang digelar peminat sebagai 'King George' tidak kekok menerima sorakan peminat yang memenuhi stadium seperti ketika beliau bergelar pemain.

    Namun, beliau menyedari halangan besar menantinya selepas menggantikan pemenang Hadiah Kemenangan Nobel, Ellen Johnson Sirleaf.

    "Adalah menjadi tugas saya untuk memimpin negara ini dari perpecahan kepada penyatuan. Saya tidak akan kecewakan anda," Weah.

    Weah, mencipta kejutan apabila menang besar bulan lalu dengan sokongan hebat daripada generasi muda dan golongan miskin.

    Beliau yang menyarung jubah putih ketika membuat ucapannya berjanji untuk menunaikan janjinya ketika berkempen, khususnya menangani salah laku yang gagal ditangani presiden sebelumnya sepanjang 12 tahun memerintah negara.

    "Adalah menjadi keyakinan saya bahawa cara paling berkesan terhadap golongan miskin dan merapatkan jurang antara yang kaya dengan miskin adalah memastikan bahawa hasil rakyat tidak berakhir di kantung pegawai kerajaan," kata beliau. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 'King George' Angkat Sumpah Presiden Liberia "