• Kes Rasuah, Guan Eng 'Mungkin’ Tidak Tanding PRU14

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Ketua menteri Pulau Pinang bimbang kes rasuah yang bermula 26 Mac ini bakal menjejaskan pencalonannya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

    Lim Guan Eng berkata dia perlu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang lima hingga empat hari berturut-turut, hingga Mei depan.

    Ditanya sama ada kes itu boleh menjejaskan pencalonannya pada PRU14, setiausaha agung DAP yang turut mempersoal sebab perubahan pendakwaan, menjawab "mungkin".

    Perbicaraan kes Lim dan ahli perniagaan Phang Li Koon bermula 26 hingga 30 Mac, 9 hingga 12 April, 23 hingga 27 April, 7 hingga 10 Mei dan 21 hingga 25 Mei depan.

    Lim dan Phang didakwa kes rasuah melibatkan pembelian banglo pada 2015. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Rasuah, Guan Eng 'Mungkin’ Tidak Tanding PRU14 "