• Kerajaan Tidak Zalim Terhadap Pemilik Tanah NCR

    Published: Thursday, 25 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Isu Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) sejak akhir-akhir ini menjadi topik hangat perbualan dalam media sosial sehingga ada yang menuduh kerajaan tidak bersimpati kepada pemilik tanah.

    Dengan menafikan tuduhan tersebut, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan sentiasa memikirkan dan bertindak rasional terhadap isu tersebut dengan penyelesaian holistik serta diterima.

    "Pada hari ini tuduhan terbabit adalah salah dan kerajaan mengambil berat isu tersebut dengan bertindak mengumpul seluruh pemimpin akar umbi bagi membincang hal berkaitan.

    "Isu PMPG bukan isu Dayak semata-mata kerana kaum Bumiputera lain turut terbabit sama dan kata sepakat harus dicapai," katanya.

    Bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem katanya berpesa agar kepimpinan sekarang mencari pendekatan terbaik bagi menyelesaikan masalah PMPG.

    "Kita berasa gembira apabila kerajaan memilih pendekatan politik akar umbi untuk mencari jalan penyelesaian isu PMPG," ujarnya.

    Selepas Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri, Uggah berkata, Abang Johari bertindak mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian.

    Tambahnya, jawatankuasa tersebut menerima banyak cadangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan masyarakat di seluruh negeri.

    "Nampaknya isu ini begitu penting dan menarik minat ramai pihak untuk membincang.

    "Kami telah mengkaji segala pandangan daripada NGO dan orang ramai," jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tidak Zalim Terhadap Pemilik Tanah NCR "