• Kerajaan tidak akan tambat semula ringgit: PM

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan tidak akan mengulangi langkah menambat ringgit seperti yang dilaksanakan kepimpinan sebelum ini.

    Perdana Menteri berkata, langkah menambat ringgit boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

    Beliau berkata, bersandarkan kepada langkah yang dilaksanakan sebelum ini memperlihatkan pelabur dan pasaran global hilang keyakinan kepada negara.

    Malah, tegasnya, negara terpaksa mengambil masa yang lama untuk meraih semula keyakinan pelabur.

    Beliau berkata demikian pada Invest Malaysia 2018 di sini, hari ini.

    Invest Malaysia kali ke-14 itu dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan Maybank.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan tidak akan tambat semula ringgit: PM "