• Kerajaan Terus Bela Rakyat Miskin Di Luar Bandar

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus bergerak kehadapan membela nasib setiap lapisan masyarakat.

    Penduduk luar bandar di seluruh negara paling mendapat perhatian kerajaan kerana masih terdapat jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

    Tahun 2018 menyaksikan segala pelaksanaan peruntukan yang dibentang pada bajet yang lalu akan memberi impak pembangunan kepada masyarakat luar bandar.

    Antara yang ditekankan kerajaan adalah membina dan membaikpulih rumah rakyat termiskin.

    Fokus utama kerajaan adalah untuk memastikan rakyat miskin di luar bandar dapat menikmati kehidupan lebih selesa.

    Pada tahun 2018 juga kerajaan memperuntukkan RM271.6 juta.

    Terdapat 12,900 rakyat termiskin diseluruh Malaysia yang memerlukan kediaman yang selesa.

    Dengan jumlah tersebut, rakyat termiskin akan mendapat rumah baharu dan penambahbaikan rumah usang menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

    Ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggir rakyat luar bandar.

    Kerajaan berterusan menyalur bantuan walaupun pembangkang kerap kali menyebar dakyah memburukkan kerajaan.

    Kerajaan terus bela rakyat luar bandar yang miskin tanpa jemu agar ekonomi luar bandar terus berkembang dan rakyat miskin dapat keluar dari kepompong kemiskinan.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan Terus Bela Rakyat Miskin Di Luar Bandar "