• Kerajaan Negeri Tidak Masuk Campur Urusan Pinjaman DBOS

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan kerajaan negeri tidak akan masuk campur sebarang urusan pinjaman kewangan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

    Memetik laporan Dayakdaily, Abang Johari berkata DBOS akan diurus oleh lima lembaga pengarah dari golongan profesional.

    "DBOS akan diurus oleh mereka yang profesional dan bukannya dari kalangan ahli politik. Mereka akan menilai beberapa permohonan pinjaman daripada agensi atau syarikat berkaitan kerajaan bagi tujuan projek pembangunan.

    "Saya tidak akan tahu pinjaman siapa yang akan lulus. Terpulang kepada barisan lembaga untuk menentukannya..saya tidak mahu masuk campur," katanya.

    Walaubagaimanapun katanya, pihak pengurusan perlu memberikan laporan bulanan kepada kerajaan negeri yang merupakan sebagai salah satu pemegang saham.

    Abang Johari menambah,kelulusan pinjaman untuk beberapa projek kerajaan akan dilaksanakan secara adil dan tidak berat sebelah.

    "DBOS akan membiayai dan memberi pinjaman kepada projek dengan nilai komersial," ujarnya.

    Menurutnya, DBOS tidak menetapkan kadar minima atau maksima bagi jumlah pinjaman yang boleh dibuat tetapi projek tersebut haruslah memberi keuntungan kepada Sarawak.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Negeri Tidak Masuk Campur Urusan Pinjaman DBOS "