• Kerajaan BN Tidak Amal Dasar Pilih Kasih

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    Isu penyediaan kemudahan asas bagi masyarakat luar bandar di Sarawak terus mendapat perhatian kerajaan di bawah 'payung' Barisan Nasional (BN).

    Bukan itu sahaja, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, kerajaan juga sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi membantu dan menjaga kebajikan penduduk luar bandar.

    Memang tidak dinafikan ada projek yang dilaksanakan mengalami kelewatan namun menurutnya, kerajaan tetap berusaha mencari alternatif untuk menyelesaikan setiap masalah.

    "Sejak dari dulu lagi, kerajaan BN tidak pernah mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyalurkan kemudahan pembangunan kepada rakyat sebaliknya memastikan semua pihak mendapat pembelaan sama rata.

    "Rakyat perlu bersabar menunggu pembangunan di kawasan mereka," katanya seperti yang dilaporkan Dayakdaily.com.

    Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi menggesa rakyat untuk terus memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN Tidak Amal Dasar Pilih Kasih "