• Kerajaan BN Lebih Berhati-Hati Dan Terperinci Isu PMPG

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    Persepsi mengenai Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) berkaitan Pemakai Menoa dan Pulau Galau (PMPG) yang digembar gemburkan oleh pembangkang selama ini terbukti tidak berasas kerana ia menjurus kepada agenda politik semata-mata yang tidak mempunyai kerangka penyelesaian relevan.

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) sebelum ini hanya menekankan penglibatan Dayak terutama Iban yang dominan dikaitkan dengan PMPG negeri ini dan menyebelahi satu kaum tanpa mempunyai asas persepakatan sebagai definisi sebenar PMPG.

    Malah tidak mengendah kewujudan pasukan bertindak khas yang di ketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang selama ini bekerja keras mencari struktur rasional menyelesai isu terbabit dengan baik dan diterima oleh semua kaum Bumiputera negeri ini.

    Jelas terbukti inisiatif kerajaan mengumpul seluruh ketua masyarakat yang terdiri daripada seluruh kaum Bumiputera Sarawak merupakan tindakan konkrit bagi mencapai definisi isu berkaitan mencapai kata putus holistik untuk tidakan seterusnya.

    Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg tidak mahu melihat PMPG hanya berlegar di peringkat adat yang tidak mempunyai jaminan masa depan yang akan senantiasa menjadi persoalan rakyat tanpa henti-henti dan tidak berpenghujung.

    Dalam hal ini Abang Johari dan pemimpin Bumiputera bertindak lebih berhati-hati dan terperinci agar setiap perimeter PMPG memiliki peruntukkan undang-undang yang berkesan dan terbaik.

    Hal sedemikian bukan boleh digubal undang-undang sembarangan kerana pandangan orang ramai serta ketua masyarakat perlu di ambil kira kerana ini melibatkan seluruh kaum Bumiputera Sarawa.

    Pentingnya perkara tersebut dibincangkan di peringkat ketua masyarakat kerana mereka ini yang sinonim mengurus di peringkat akar umbi dan soal PMPG berkisar di kelompok masyarakat yang begitu hampir dengan ketua masyarakat.

    Dari sini dilihat, pimpinan Abang Jo melihat isu tersebut harus diselesaikan secara menyeluruh dan bukan terhad kepada satu kaum sahaja. Satu definisi harus dicapai dengan persepakatan dan penuh pemuafakatan serta diterima oleh semua kaum Bumiputera.

    Jika penyelesaian holistik tercapai dan jika perlu untuk kerajaan menggubal undang-undang, maka ia akan dipinda supaya PMPG memiliki kanun tanah yang selama ini tidak mempunyai pruntukkan undang-undang walaupun ia wujud dalam adat Bumiputera.

    Justeru tindakan kerajaan BN mempunyai kerangka penyelesaian yang akan memberi kuasa undang-undang terhadap PMPG serta generasi akan datang dapat merujuk kepada satu undang-undang khusus bagi menyelesai masalah PMPG. - A Halin Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN Lebih Berhati-Hati Dan Terperinci Isu PMPG "