• Keperluan Aset Ditentukan Anggota TUDM - Hishammuddin

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Keperluan dan hala tuju Institut Perubatan Penerbangan (IPP) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bukan hanya ditentukan oleh barisan pegawai pengurusan atasan, sebaliknya anggota-anggota yang kerap mengguna serta mengendalikan aset-aset pasukan.

    

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah pemberian kuasa pengendalian aset dan fasiliti itu sejajar dengan usaha kementerian dalam menggalakkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dilaksanakan di setiap peringkat.



    “Biar end-user (pegawai dan anggota) yang tentukan hala tuju keperluan IPP termasuk aset dan fasiliti kerana mereka yang banyak menggunakannya dalam pelbagai operasi TUDM,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Udara Subang, dekat sini hari ini.



    Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di IPP dan tinjauan kesiapsiagaan pesawat TUDM. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Keperluan Aset Ditentukan Anggota TUDM - Hishammuddin "