• Kepala Dipenggal, Lebih 100 Banduan Lolos

    Published: Wednesday, 3 January 2018
    A- A+


    SAO PAULO: Rusuhan yang tercetus di sebuah penjara di tengah Brazil mengakibatkan sembilan maut, manakala hampir 100 banduan melarikan diri.

    Kejadian yang berlarutan sehingga dua jam di penjara Colonia Agroindustrial di Kompleks Aparecida de Goiania, Goias.

    Menurut Jabatan Perhubungan Penjara dan Keselamatan Awam, insiden itu berlaku apabila banduan dari dua kumpulan samseng bergaduh.

    Banduan terlibat telah membakar tilam ketika memasuki blok tahanan lawan, manakala mangsa yang terkorban juga telah dibakar.

    Menurut polis, 143 daripada 242 banduan yang telah melarikan diri ketika tercetusnya rusuhan itu telah dapat ditahan semula pada Selasa.

    Bagaimanapun, hampir 130 banduan yang lolos itu telah bertindak menyerah diri.

    Ketua Khidmat Penjara negeri berkenaan, Lt Kolonel New Castilho berkata, kejadian bermula apabila ada kumpulan yang bertindak menyerang pesaing mereka di blok lain.

    "Rusuhan itu mengakibatkan ada yang cedera, mati terbakar dan dua mangsa telah dipenggal kepala," katanya.

    Subjects:

  • No Comment to " Kepala Dipenggal, Lebih 100 Banduan Lolos "