• Kembar Siam Palestin Berjaya Dipisahkan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    RIYADH - Sepasang kembar siam perempuan Palestin berjaya dipisahkan dalam satu pembedahan yang dilakukan, di sini semalam.

    Media tempatan melaporkan, pembedahan yang diketuai oleh Dr. Abdullah Abdulaziz Al-Rabiah itu berjaya memisahkan Farah dan Haneen yang bercantum pada perut dan pelvis di Hospital Pakar Kanak-Kanak Raja Abdullah.

    Proses pembedahan itu yang bermula pada awal pagi ini melibatkan sembilan fasa bius dan pemindahan beberapa organ termasuk hati.

    Pasangan kembar itu juga berkongsi kaki, namun mempunyai paru-paru dan jantung berasingan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kembar Siam Palestin Berjaya Dipisahkan "