• Kemalangan Maut, Lori Bertembung Lori Di Miri

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+
    MIRI: Seorang pemandu lori meninggal dunia ditempat kejadian setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori di Kilometer 60, Jalan Kelulit Bekenu, di sini petang tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2.00 petang itu, mangsa Zainal Junaidi, 44, meninggal dunia serta-merta apabila lori yang dipandunya dari arah Miri ke Bintulu melanggar belakang sebuah lori rosak yang diparkir di tepi jalan.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak Bomba yang menerima laporan kejadian tersebut bergegas ke tempat kejadian.

    "Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit iaitu pemandu lori tersebut menggunakan Rescue Tool.

    "Bagaimana pun mangsa disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian oleh pihak perubatan," katanya.

    Menurutnya lagi, pemandu lori rosak yang ketika itu masih berada dalam lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan berjaya keluar sendiri.

    Mayat mangsa yang meninggal dunia diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kemalangan Maut, Lori Bertembung Lori Di Miri "