• Kemalangan 4 Kenderaan Gemparkan Balai Ringin

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    SERIAN: Dua lelaki dan seorang wanita berdepan detik cemas dalam kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Kampung Telagus, Balai Ringin di sini, petang tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan terbabit merangkumi Mitsubishi Triton, Perodua Axia, Toyota Hilux dan Toyota Fortuner.

    Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan BBP Serian (tujuh anggota) dikerahkan ke lokasi kejadian.

    "Anggota bomba tiba di lokasi untuk menjalankan operasi menyelamat terhadap mangsa di dalam kenderaan Perodua Axia.

    "Mangsa dalam tiga buah lagi kenderaan berjaya keluar sendiri," katanya.

    Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutnya. -Sarawakiana
  • No Comment to " Kemalangan 4 Kenderaan Gemparkan Balai Ringin "