• Kelajuan Internet Di Malaysia Semakin Menurun

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+


    Kelajuan internet yang pantas memang memudahkan pengguna untuk mendapat maklumat terkini. Namun begitu, kelajuan internet di Malaysia dikatakan sudah semakin menurun.

    Menurut kajian terbaru yang dilaporkan, Malaysia berada di tangga ke-79 dunia dalam kelajuan internet mudah alih (mobile) dan mencatatkan penurunan berbanding bulan sebelumnya.

    Kajian yang telah dilakukan sebuah platform pengendali ujian kepantasan internet, Speedtest.net menerusi Indeks Global. Kajian itu telah dikeluarkan oleh Speedtest pada Disember lalu.

    Bagaimanapun, untuk kaji selidik mengukur kelajuan internet dalam kategori jalur lebar tetap (fixed broadband) ia telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-62.

    Namun begitu, Malaysia masih tidak dapat mengatasi Singapura dan Norway yang mana mereka masing-masing mendominasi carta kelajuan internet mudah alih dan jalur lebar tetap. Kelajuan internet mudah alih Norway adalah 61.20 Mbps dan Singapura pula pada 54.00 Mbps, manakala untuk kelajuan jalur lebar tetap Singapura pada 161.21 Mbps.

    Kajian dilakukan Speedtest itu dibuat dengan mengambil data kelajuan internet dari seluruh dunia secara bulan. Data indeks itu diperolehi melalui ujian yang dilakukan ratusan juta pengguna yang menggunakan Speedtest setiap bulan.

    Speedtest akan mengukur penggunaan internet apabila pengguna menggunakan platform itu pada masa dan tempat berlainan.

    Pada Ogos tahun lalu, Malaysia berada di tangga ke-63 kelajuan internet global. Singapura mendahului semua negara lain di dunia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun paling laju 55.13 Mbps.

    Kajian itu dikeluarkan oleh Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti Princeton, dan Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps. –utaranews

    Subjects:

  • No Comment to " Kelajuan Internet Di Malaysia Semakin Menurun "