• Kecewa Dengan Kekasih Lelaki Nekad Cuba Bakar Diri Di Simunjan

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+
    foto ihsan bomba
    SIMUNJAN: Seorang lelaki berusia 24 tahun nekad membakar dirinya di rumah kekasihnya di Kampung Sageng dekat sini pagi tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu, lelaki berkenaan telah datang ke rumah kekasihnya dan mengancam mahu membakar diri sebelum bertindak melakukannya dengan menyimbah minyak petrol motosikal milikknya keatas badannya sendiri.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.30 pagi tadi dan mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Simunjan ke lokasi sejurus laporan diterima.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian, penduduk telah bertindak memadamkan api di badan mangsa menggunakan air dan lelaki berkenaan telah melecur sebanyak 30 peratus.” katanya.

    Sehingga berita ini ditulis motif sebenar disebalik tindakan mangsa membakar diri masih tidak diketahui dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Kecewa Dengan Kekasih Lelaki Nekad Cuba Bakar Diri Di Simunjan "