• Kebocoran Paip Gas Di Lawas

    Published: Wednesday, 10 January 2018
    A- A+

    LAWAS: PETRONAS mengesahkan kebocoran paip gas yang berlaku kira-kira jam 2.24 pagi tadi bertempat di Long Luping di sini.

    Pasukan Tindakan Kecemasan dikerahkan dan mengawal situasi.

    Kenyataan dikeluarkan Pejabat PETRONAS Sabah dan Labuan menyatakan, semua pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

    "Tidak terdapat sebarang kesan kepada komuniti setempat dan persekitaran.

    "Siasatan masih dijalankan," jelas kenyataan tersebut.

    Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pegawai teknikal PETRONAS memberitahu rumah injap 5 telah ditutup di Long Sukang dan terdapat beberapa rumah injap lain yang perlu ditutup.-Sarawakiana







  • No Comment to " Kebocoran Paip Gas Di Lawas "