• Karim Menang Tanpa Bertanding, Terus Terajui PBB Asajaya

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dikekalkan sebagai ketua cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) apabila menang tanpa bertanding bagi penggal 2017-2020 pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB Cawangan Asajaya di Dewan Suarah Kota Samarahan kelmarin.

    Memetik laporan Utusana Borneo, Karim berkata, barisan kepimpinan cawangan merupakan gandingan muka baharu dan lama seperti dikehendaki perwakilan.

    “Barisan kepimpinan ini mewakili campuran muka baru dan lama. Saya berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik yang mungkin,” katanya.

    Beliau yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal berturut-turut sejak 2001 beriltizam terus berkhidmat kepada rakyat sebaik mungkin.

    Manakala bagi jawatan timbalan ketua cawangan, Setiausaha Politik Ketua Menteri Buang Bolhassan telah menewaskan Oton Bujang.

    Sementara itu, Aluwi Tamby diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua cawangan.

    Ketua Pemuda Jamil Saili dan Ketua Wanita Mahani Sahari secara automatik dilantik sebagai naib ketua cawangan. – Sarawakiana
  • No Comment to " Karim Menang Tanpa Bertanding, Terus Terajui PBB Asajaya "