• Kapal Tangki, Kargo Berlanggar, 32 Hilang

    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+


    BEIJING: Sebuah kapal tangki yang sarat muatan minyak dari Iran terbakar di perairan barat China selepas berlanggar dengan kapal kargo mengakibatkan 32 kru hilang.

    Kapal tangki yang dalam perjalanan ke Korea Selatan itu membawa 136,000 tan minyak terbakar susulan pelanggaran pada Sabtu malam itu.

    Insiden itu juga mengakibatkan berlaku tumpahan minyak di perairan itu.

    Krunya melibatkan 30 rakyat Iran dan dua warga Bangladesh masih hilang, demikian menurut Kementerian Pengangkutan China dalam kenyataan.

    Kapal kargo itu pula rosak tetap semua 21 kru rakyat tempatan telah berjaya diselamatkan.

    Sehingga Ahad, api masih marak dan rakaman stesen televisyen juga mendapati asap tebal dari kawasan kejadian.

    Kapal tangki 274 meter itu, Sanchi dikendalikan Iran Glory Shipping itu terlibat dalam kejadian itu pada kedudukan 160 batu nautika di timur Shanghai, manakala kapal kargo itu pula membawa 64,000 bijirin.

    "Sanchi masih terapung walaupun kebakaran masih belum dapat dikawal, manakala operasi mencari dan menyelamat telah dikejarkan ke lokasi," katanya.

    Pihak berkuasa maritim China telah menghantara lapan kapal untuk operasi mencari dan menyelamat, manakala Korea Selatan telah menghantar kapal terbang dan kapal pengawal pantai untuk bantuan.-JapanToday/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Kapal Tangki, Kargo Berlanggar, 32 Hilang "