• Kanak-Kanak Setahun Terperangkap Ketika Bapa Sedang Tutup Pagar

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+


    KOTA SAMARAHAN: Seorang bapa berdepan detik cemas selepas anaknya yang berusia setahun terperangkap dalam kereta dalam insiden yang berlaku sekitar jam 7 pagi tadi di Taman Stakan Jaya.

    Kejadian dipercayai berlaku selepas sistem 'auto lock' kenderaan tersebut berfungsi ketika bapa sedang menutup pagar rumah menyebabkan mangsa terperangkap.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 8 pagi.

    "Mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan," katanya.-Sarawakiana




  • No Comment to " Kanak-Kanak Setahun Terperangkap Ketika Bapa Sedang Tutup Pagar "