• Kanak-Kanak Mati Dibunuh, Disumbat Dalam Karung

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+


    TRAGIS. Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh serta 12 tahun, telah dibunuh dengan kejam dan mayat mereka disumbat dalam karung guni sebelum dibuang ke dalam terusan.

    Lebih menyedihkan apabila mereka telah dipukul manakala pita pelekat telah dililit di seluruh muka kanak-kanak terbabit.

    Selain itu, garam juga diletakkan di dalam karung guni berkenaan, untuk menjadikan mayat tersebut cepat reput. Kes ini mengejutkan penduduk berhampiran terusan Sharda, di Uttar Pradesh.

    Setakat ini polis masih belum mengesan identiti mayat tersebut dan tidak diketahui bila kanak-kanak malang itu telah dibunuh.

    Polis percaya pembunuhan itu dirancang dengan teliti dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

    “Bedah siasat akan dijalankan. Terdapat tanda di leher dua kanak-kanak tersebut, menunjukkan mereka dicekik sebelum dipukul,’’ kata polis. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Mati Dibunuh, Disumbat Dalam Karung "