• Kampung Tersejuk Di Dunia, Suhu Cecah -71.2c

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Sebuah kampung di Rusia, Oymyakon merupakan kawasan paling sejuk di dunia, Purata suhunya pada bulan Januari adalah -50C. 

    Dikenali sebagai ‘Pole of Cold’, suhu paling sejuk yang pernah direkodkan di Oymyakon adalah -71.2C.

    Suhu berkenaan adalah rekod terendah untuk sebarang lokasi yang didiami di bumi dan suhu terendah direkodkan di hemisfera utara.

    Kampung berkenaan, yang dihuni 500 orang pernah menjadi perhentian untuk rusa pada 1920 dan 1930-an.

    Kerajaan Soviet Union ketika itu, kemudiannya telah menjadikan kawasan berkenaan sebagai penempatan tetap kepada penduduk, dalam usaha menyelesaikan masalah penduduk nomad

    Ironinya, walaupun Oymyakon adalah kampung paling sejuk namum nama Oymyakon bermaksud `air yang tidak beku’ sempena nama mata air panas di kawasan berdekatan.

    Kebanyakan penduduk di situ masih menggunakan arang dan kayu untuk memanaskan badan. Kebanyakan bangunan pula masih mempunyai tandas di luar.

    Disebabkan tanaman tidak boleh tumbuh di situ, mereka makan daging rusa dan kuda. Mereka juga bekerja sebagai penternak rusa, pemburu dan penangkap ikan di kawasan beku.

    Namun penduduk tidak mengalami kekurangan khasiat disebabkan mereka minum susu binatang ternakan terbabit.

    Walaupun ada akses kepada telefon bimbit namun telefon tidak boleh berfungsi disebabkan keadaan yang terlalu sejuk. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kampung Tersejuk Di Dunia, Suhu Cecah -71.2c "