• 'Kami Dipecat Bukan Tinggal SUPP' - Rayong

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dr Johnichal Rayong Ngipa menjelaskan bekas ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang menubuhkan UPP sebenarnya dipecat dan bukannya meninggalkan parti tertua di Sarawak itu.

    Kenyataan yang dibuat Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Sih Hua Tong bahawa pemimpin UPP keluar SUPP tidak dipersetujui Rayong.

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili menggesa Sih untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.

    Malah menurutnya, kenyataan seperti itu seakan-akan menunjukkan pemimpin UPP jahat.

    "Kami memang dipecat SUPP selepas menerima surat pemecatan yang ditandatangani Datuk Dr Sim Kui Hian. Berdasarkan apa yang dikatakan Sih Hua Tong, kami meninggalkan SUPP.

    "Jadi saya berharap Sih Hua Tong boleh menjelaskan apa yang dimaksudkannya ataupun Datuk Dr Sim Kui Hian boleh memberi penjelasan," katanya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " 'Kami Dipecat Bukan Tinggal SUPP' - Rayong "