• Juruteknik Petronas Ditahan Reman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Rasuah

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KEMAMAN - Seorang juruteknik mekanikal sebuah syarikat cari gali minyak dan gas, Petronas ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes meminta sogokan kepada sub-kontraktor pada semalam.

    Perintah reman itu dibenarkan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

    Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek yang berusia 49 tahun dipercayai meminta rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang sub-kontraktor.

    "Sogokan itu dipercayai sebagai dorongan kepada suspek untuk mengesahkan kerja-kerja membuka dan memasang perancah yang dilakukan sub-kontraktor berkenaan di Terminal Eksport Gas Petronas di Teluk Kalong di sini," katanya. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Juruteknik Petronas Ditahan Reman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Rasuah "