• Juruteknik Pergigian Ditemui Mati

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    PORT DICKSON: Seorang juruteknik pergigian ditemui mati di dalam rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan (KK) Lukut di sini, pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad, berkata mayat Mahusin Abd Rahim, 28, ditemui terbaring di atas tilam oleh seorang rakan yang datang ke rumahnya yang terletak di tingkat empat pada jam 8.30 pagi.

    "Berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak, kita percaya dia sudah meninggal dunia lebih 72 jam dan polis masih menyiasat lanjut punca kematian. Buat masa ini, kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut.

    "Bagaimanapun, kita tetap menjalankan siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk sama ada kejadian itu membabitkan unsur jenayah atau tidak. Pemeriksaan awal mendapati dompet serta motosikal tiada di kawasan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

    Beliau berkata, rakan Mahusin datang ke rumah itu untuk mencarinya kerana dia tidak hadir bertugas sejak Jumaat lalu.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Juruteknik Pergigian Ditemui Mati "