• Jururawat Dera Bayi Dibuang Kerja

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    SEKUMPULAN tiga jururawat di Arab Saudi yang merakamkan aksi mereka mendera seorang bayi dengan memicit mukanya ketika bayi itu dirawat di hospital akibat jangkitan, telah dibuang kerja.

    Kejadian itu disedari oleh ibu bapa bayi berkenaan selepas mendapati video anak mereka diperlakukan sedemikian rupa telah dimuatnaik ke media sosial.

    Insiden tersebut berlaku di hospital bersalin di Taif. Selepas video itu menjadi viral, pelakunya telah dikenalpasti dan tindakan diambil ke atas mereka.

    Dalam pada itu, jurucakap jabatan kesihatan berkata, siasatan dijalankan dengan mengenalpasti sumber video terbabit dan di mana kejadian memalukan itu berlaku.

    Selepas dikenalpasti, tindakan terus diambil dengan segera. Lesen perubatan mereka juga ditarik balik dan mereka dilarang daripada mempraktikkannya di mana-mana unit kesihatan.

    Sementara itu, bapa bayi terbabit berkata, anaknya dirawat di hospital selama 10 hari akibat jangkitan kuman. Dia terkejut apabila mendapati video itu dikongsi secara meluas di media sosial.

    Kejadian itu juga mendapat kecaman daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Jururawat Dera Bayi Dibuang Kerja "