• Jumanji Raih Kutipan Terbanyak Hujung Minggu

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    LOS ANGELES: Filem berorientasikan keluarga keluaran Sony, Jumanji: Welcome to the Jungle mengungguli tempat teratas dalam tayangan pemecah panggung di Amerika Utara hujung minggu ini, di tempat pertama dua minggu berturut-turut.

    Filem Jumanji: Welcome to the Jungle, dibintangi Dwayne 'The Rock' Johnson dan pelawak Jack Black serta Kevin Hart, dijangka meraih kutipan sebanyak AS$33.4 juta (RM132.31 juta) ketika hujung minggu sempena Hari Martin Luther King, menjadikan kutipan domestik kepada AS$289.5 juta (RM1.15 bilion) pada minggu keempat, menurut penjejak industri, Exhibitor Relations.

    Filem itu mengisahkan empat remaja yang mendapati diri mereka berada dalam dunia permainan video, Jumanji.

    Berada di tempat kedua adalah The Post keluaran Fox Movie, dijangka meraih AS$22.2 juta (RM87.95 juta) dalam tempoh tiga hari antara Jumaat hingga Isnin selepas ditayangkan secara meluas.

    Dibintangi bintang ternama Meryl Streep dan Tom Hanks, filem thriller politik itu menceritakan kisah di belakang tabir penerbitan akhbar The Washington Post oleh Pentagon Papers pada 1971, yang mendedahkan penipuan di sebalik pembabitan Amerika Syarikat (AS) dalam Perang Vietnam.

    Manakala The Commuter, filem aksi terbaharu dihasilkan Lionsgate dijangka mengutip AS$16 juta (RM63.38 juta) pada minggu pertama, meletakkannya di tempat ketiga.

    Dalam filem itu, watak seorang lelaki dipegang Liam Neeson mengambil tren biasa pulang ke rumah dan secara tidak sengaja terbabit dalam konspirasi pembunuhan oleh wanita misteri, dimainkan oleh Vera Farmiga. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Jumanji Raih Kutipan Terbanyak Hujung Minggu "