• JPS Sarawak Pasang Alat Pengesan Banjir Seluruh Negeri Tahun Ini

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Intelligent Gauge (IG) sebuah alat inovasi pengukuran air semasa banjir merupakan alat yang paling komprehensif di Malaysia yang akan memberi amaran awal kenaikan paras air.

    Penolong Pengarah Cawangan Hidrologi dan Sumber Air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak Normahjusni Mohd Annuar berkata, sistem IG tersebut merupakan alat perakam aras air yang dapat menghantar data ke telefon bimbit pegawai JPS Sarawak.

    "Alat tersebut telah tetapkan pengesanan paras air pada ketinggian 0.05 meter akan menghantar data seterusnya untuk tindakan susulan oleh pegawai JPS.

    "Selain daripada itu apabila paras air pada aras tertentu telah dikesan, siren amaran dan 'soft light' akan berfungsi yang akan memberi amaran secara audio dan visual kepada penduduk kawasan sekitar," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

    Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) diterima, pegawai JPS Sarawak akan mendapat maklumat kawasan tersebut mengalami kenaikan aras air pada paras tertentu.

    "Setakat ini hanya tiga kawasan telah dipasang iaitu di Jalan Badaruddin, Kuaters Persekutuan dan SK Muara Tuang.

    "Sebelum ini JPS tidak mempunyai alat yang boleh mengesan banjir yang berlaku dengan singkat seperti banjir kilat.

    "Dengan adanya sistem yang diinovasi oleh pihak JPS Sarawak ini akan dapat mengumpul data banjir dengan cepat dan pantas,"ujarnya.

    Tambahnya, alat tersebut akan diperluaskan pemasangannya ke seluruh Sarawak pada hujung tahun ini seperti dalam perancangan JPS.-Sarawakiana
  • No Comment to " JPS Sarawak Pasang Alat Pengesan Banjir Seluruh Negeri Tahun Ini "