• JPN Komited Jejak Penduduk Tanpa Dokumen Diri

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    Dalam memastikan setiap penduduk mendapat dokumen pengenalan diri serta mendapat status permastautin tetap di negeri ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak komited untuk mengurangkan bilangan tersebut menjelang 2030.

    Memetik laporan Sarawakvoice.com, Pengarahnya Jasni Jubli berkata, pihaknya serius menangani isu kelahiran tanpa dokumen diri khususnya warga peribumi Sarawak sepertimana yang termaktub dengan Perkara 15A dan Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

    Jelas beliau, ia adalah sebagai langkah pertama dalam memastikan sasaran tersebut dapat dilakukan melalui mekanisme sedia ada.

    “Ini termasuklah penyelesaian melalui Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15A dan operasi bergerak melalui Pasukan Petugas Khas JPN Sarawak.-Sarawakiana
  • No Comment to " JPN Komited Jejak Penduduk Tanpa Dokumen Diri "