• JPJ Nafi Tawaran Istimewa

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan berita yang kononnya pihaknya menawarkan tawaran istimewa kepada pemegang lessen memandu yang sudah tamat tarikh luput lebih tiga tahun.

    Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata semua pemegang lesen yang tidak memperbaharui lesen mereka lebih tiga tahun perlu menjalani ujian khas yang ditetapkan undang-undang.

    “Yang ketara sekali adalah pemandu yang memandu tanpa lesen yang sah.

    “Semalam keluar viral dalam media sosial, kononnya JPJ bagi tawaran istimewa bagi lesen yang dah tamat tempoh.

    “Kita tidak ada ‘special offer’ macam itu… kononnya sebulan bayar RM100, dua bulan bayar RM150,” katanya.

    Beliau mengulas mengenai laporan yang tular di laman social baru-baru ini yang kononnya JPJ memberi tawaran bayaran tertentu kepada mereka yang sudah lama tidak memperbaharui lesen mereka.- Awani

    Subjects:

  • No Comment to " JPJ Nafi Tawaran Istimewa "