• JPJ Dalam Proses Lengkapkan Kertas Siasatan Kereta Rolls Royce Aliff Syukri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung penyalahgunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kereta mewah Rolls Royce milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn. Bhd., Datuk Seri Aliff Syukri sedang dilengkapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd. Zawawi berkata, kertas siasatan tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

    “Jika didapati mempunyai kesalahan, pihak kami akan mengeluarkan saman kepada Datuk Aliff Syukri bagi kesalahan penyalahgunaan LKM.

    “Kami juga sudah mengeluarkan saman kepada beliau kerana menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan beliau sudah hadir untuk membuat pemeriksaan terhadap keretanya serta menyelesaikan samannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

    Kosmo! pada 2 Januari lalu melaporkan sebuah kereta Rolls-Royce Ghost milik Datuk Aliff Syukri disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu operasi kerana melanggar syarat menggunakan cukai jalan kenderaan yang didaftarkan di Sarawak. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " JPJ Dalam Proses Lengkapkan Kertas Siasatan Kereta Rolls Royce Aliff Syukri "