• 'Jolok Duit Nak Mabuk Lagi Ke Bang?'

    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+
    Berang gagal mengeluarkan wang di ATM, penggunanya itu kemudian merosakkan mesin itu dalam kejadian di Jalan Pahlawan, di Sibu, malam semalam.

    Suspek lelaki berusia 44 tahun itu dikatakan gagal beberapa kali untuk mengeluarkan wang ketika dia menggunakan mesin ATM itu pada 11.40 malam.

    Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata suspek kemudiannya mengambil tong sampah berhampiran dan menghempaskannya ke atas skrin mesin ATM.

    Menurutnya, tindakan suspek menghempas tong sampah berulang kali menyebabkan skrin mesin ATM itu rosak.

    “Kejadian itu disedari orang awam yang berada di lokasi kejadian dan segera memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    “Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dihantar ke lokasi untuk siasatan lanjut," katanya, hari ini.

    Katanya, lelaki terbabit masih berada di lokasi kejadian dan kemudiannya ditahan anggota URB untuk pemeriksaan.

    Zailanni berkata, suspek dipercayai dalam keadaan mabuk berdasarkan bau arak yang kuat ketika disoal siasat.

    “Suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke IPD Sibu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.-myMetro
  • No Comment to " 'Jolok Duit Nak Mabuk Lagi Ke Bang?' "