• Johnny Jadi Pertaruhan PBDSB Di Lubok Antu

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mengesahkan meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Johnny Chuat dipilih sebagai calon PBDSB untuk memberi tentangan kepada Barisan Nasional (BN).

    Memetik laporan The Borneo Post, Johnny merupakan penduduk tempatan yang berasal dari Nanga Menyebat, Lemanak selain dikenali ramai.

    Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Parlimen Lubok Antu dimenangi Datuk William Nyalau Badak dengan majoriti 4,091 undi.

    Nyalau ketika itu ditentang calon PKR Nicholas Bawin Anggat dan Larry Sng (SWP).

    Terdapat 19,303 pengundi berdaftar di parlimen Lubok Antu.

    Sementara itu, BN dikhabarkan bakal menampilkan calon baharu di Parlimen Saratok dengan Dato Sri Doris Brodie dilihat sebagai calon berpotensi.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Johnny Jadi Pertaruhan PBDSB Di Lubok Antu "