• Jinping Gesa Tentera China Siap Sedia Berperang

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    SHANGHAI: Presiden Xi Jinping menggesa anggota tentera negara ini agar bersiap sedia untuk berperang dan tidak gentar untuk mati mempertahankan negara.

    Kenyataan Jinping kepada semua anggota tentera China itu disifatkan oleh media tempatan sebagai `luar biasa’ terutama ketika ketegangan politik di benua Asia semakin memuncak.

    Beliau yang berkata demikian semasa melakukan lawatan ke kem Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di wilayah Hebei turut menggesa pasukan tentera itu melakukan pembaikan berterusan selain meningkatkan penyelidikan teknologi tinggi termasuk terlibat dalam latihan peperangan sebenar. - AFP



    Subjects:

  • No Comment to " Jinping Gesa Tentera China Siap Sedia Berperang "